Monday 1 April 2013

DOA PENYEMBUH


DOA PENYEMBUH

Yaa Allah, Tuhan yang maha Pengasih dan Penyayang engkau Yang Maha Mengabulkan segala doa, Kami mohon, berilah Kami jalan menuju Kesembuhanmu, Kesembuhan yang tiada meninggalkan bekas, Wahai Dzat Yang Maha Penyembuh.


Yaa Allah kuatkan diri Kami, berilah Kami kesabaran untuk menerima semua yang terjadi pada diri Kami, Kami tahu bahwa semua itu terjadi akibat kesalahan yang Kami perbuat, akibat dari perbuatan dari kebodohan diri sendiri, Kami tidak menjalankan perintah serta petunjuk-MU. Ampunilah kami dan Maafkanlah segala dosa-dosa dan kesalahan Kami."

Tuesday 26 March 2013

AIR

Cara-cara Pengambilan Air Untuk Tubuh

Dua gelas air - Setelah bangun akan Membantu mengaktifkan organ-organ internal.

Satu gelas air - 30 minit sebelum makan - Bantuan pencernaan.

Satu gelas air - Sebelum mandi - Membantu menurunkan tekanan darah.

Satu gelas air - Sebelum tidur - Untuk menghindari stroke atau serangan jantung.

Kira-kira 80% tubuh manusia terdiri dari air.

Malah ada beberapa bahagian tubuh kita yang memiliki kadar air di atas 80%. Dua organ paling penting dengan kadar air di atas 80% adalah :


Otak dan Darah.

Otak memiliki komponen air sebanyak 90%,

Sementara darah memiliki Komponen air 95%.

Kebiasaan minum manusia biasa sekurang-kurangnya adalah 2 liter sehari atau 8 gelas sehari.

Jumlah di atas harus ditambah bila anda seorang perokok.

Air sebanyak itu diperlukan untuk mengganti cairan yang keluar dari tubuh kita melalui peluh, keringat, pernapasan, dan pembuangan air kecil (kencing).


Apa yang terjadi bila kita kurang mengambil dari 2 liter sehari...?

Tentu tubuh akan menyeimbangkan diri. Caranya...?

Dengan jalan "menyedut" air dari komponen tubuh sendiri. Dari otak...?

Bukan, .bayangkan otak kering macamana jadinya...), melainkan dari sumber terdekat : Darah. !!

Darah yang disedut airnya akan menjadi pekat.

Akibat terjadi pemekatan darah ini, maka perjalanannya akan kurang lancar berbanding darah yang cair.

Saat mellui buah pinggang (tempat menyaring racun dari darah), Buah pinggang akan bekerja extra kuat menyaring darah.

Dan kerana saringan dalam buah pinggang terlalu halus, tidak jarang darah yang pekat boleh  menyebabkan  glomerulus ginjal luka.
Akibatnya, air kencing anda berwarna kemerahan, tanda mulai bocornya saringan buah pinggang.

Bila dibiarkan terus menerus, kemungkinan besar akan memerlukan melakukan dialisis (cuci darah)

Darah yang pekat akan lambat alirannya ke otak.


Otak tidak lagi cair, dan karena sel-sel otak adalah yang paling banyak memerlukan makanan dan oksigen, Lambatnya aliran darah ini boleh menyebabkan sel-sel otak cepat mati atau tidak berfungsi sebagaimana mestinya.

Bila ini ditambah dengan penyakit jantung (yang juga kerjanya tambah berat bila darah semakin pekat), maka serangan strok akan lebih cepat terjadi.

Pilihan di tangan anda, samada minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau anda akan menderita sakit buah pinggang ataupun strok.


Monday 18 March 2013

CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD


CARA-CARA MENGERNAKAN SOLAT TAHAJJUD - Petikan daripada Buku Bimbingan Penghayatan & Kesempurnaan Solat.

Niat:  Sahaja aku menunaikan solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.

Selepas membaca sura al Fatehah pada rakaat pertama, hendaklah dibaca ayat kursi sebanyak 7 kali.  Manakala rakaat kedua pula, selepa membaca fatehah dibacakan surat al-Ikhlas sebanyak 11 kali.

Semasa dalam sujud terakhir bacalah:
i.   Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghithu La IlaHa Illa Anta 40 kali,
ii.  Selawat atas Nabi 10 kali,
iii. Doa - Ya Kaafi, Ya Ghoniy, Ya Fattah, Ya Rozzaq 33 kali atau 313 kali
iv.  Zikir La Ilaha Illallah 100 kali

Perbanyakkan istighfar selepas berdoa.

Kepentingan solat tahajjud: 

Sabda Nabi:  Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kami, supaya mengerjakan solat malam dan benar-benar menganjurkan solat itu sehingga beliau bersabda "Kerjakanlah solat malam itu walaupun hanya satu rakaat"

DOA SOLAT TAHAJUD


DOA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

 


Ya Allah, untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah pencipta langit dan bumi dan apa-apa yang ada di dalamnya. Untuk-Mu segala puji-pujian, Engkaulah empunya langit dan bumi serta sekalian isinya. Untuk-Mu segala pujian, Engdaulah penyinar langit dan bumi dan mereka yang di dalamnya. Untuk-Mu segala pijian, Engkaulah yang benar, janji-Mu segala benar, berjumpa dengan-Mu kelak adalah benar, kata-kata-Mu adalah benar dan Muhammad saw itu benar dan hari kiamat itu benar.

Ya Allah, Kepada-Mu aku berserah, dan terhadap-Mu aku beriman, dan kepada-Mu aku bertawakkal dan kepada-Mu aku akan kembali dan dengan-Mu aku berpegang teguh dan berdasarkan hukum-Mu aku bertindak. Kerana itu, Ampunilah segala dosaku yang lalu dan yang akan datang, begitu juga yang kusembunyikan mahupun yang kulakukan secara terang-terangan. Engkau Tuhan yang awal dan Engkau tuhan yang akhir (kekal), Tiada Tuhan Yang Disembah melainkan Engkau dan tiada daya dan upaya melainkan dengan kehendak Allah.

kelebihan solat tahajjud:


Diantara kelebihan-
kelebihan solat tahajjud:

Solat yang paling afdhol selepas solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit yang dapat melakukannya
  • Hadith : Jibril a.s. telah datang kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."
  • Nabi s.a.w :"2 rakaa't solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".
  • Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.
  • Solat tahajjud juga merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar
  • Dengannya dapat memadamkan dosa-dosa
  • Dapat menyihatkan badan
  • Dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ?
    maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga
    maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."
  • Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't solat tahajjud
  • Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t
  • Waktu tahajjud adalah waktu yang teristemewa untuk penerimaan doa.
  • Juga ia merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintau raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang sedang terbuka
  • Abu Hurairah ra. Hu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Syaitan mengikat 3 ikatan di tengkuk orang yang tidur.  Setiap ikatan ia akan berkata “Tidurlah, malam masih panjang, maka bila ia bangun lalu dia mengingati Allah maka terputuslah 1 ikatan, bila dia mengambil wudhu’ terputus 1 ikatan yang lain, lalu bila dia solat terputuslah seluruh ikatannya.  Maka di berpagi dalam keadaan cergas dan jiwa yang baik, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jiwa yang buruk dan malas (Riwayat Imam Bukhory Muslim, Abu Daud, TIrmizi, Nasa’ie dan ibnu Majah)
  • Abu Hurairah ra. Hu meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, “Puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah; bulan Muharam dan solat yang paling utama selepas solat-solat fardhu ialah solat pada malam
 
·         Abu Malik Al Asyari meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,” Sesungguhnya di dalam syurga ada kamar-kamar yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan dalamnya dapat dilihat dari luar yang Allah sediakan buat orang yang memberi makan dan menyebarkan salam dan solat malam ketika manusia yang lain tidur.


·         Abu U’baidah berkata, Hadrat Abdullah ra telah berkata,” Di dalam kitab TAurat telah tertulis “Sesungguhnya Allah telah menyediakan khusus buat mereka yang meninggalkan tempat tidur (kerana solat malam) apa yang mata tidak pernah melihat, telinga tidak pernah mendengar, tidak terlintas di hati seorang manusia, malaikat yang hampir, Nabi yang pernah diutuskan.  Beliau berkata lagi, “Kita menyebutkannya dalam ayat (maka satu jiwa pun tidak mengetahui apa yang disorokkan untuk mereka dari sesuatu yang menyenangkan mata) Abdullah bin Abi Qubais berkata  Hadrat A’iesyah r.aha telah berkata; “Janganlah kamu meninggalkan solat malam, kerana RasuluLlah s.a.w tidak  pernah meninggalkannya, dan sekiranya baginda sakit atau letih baginda bersolat malam dalam keadaan duduk. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah didalam kitab sohihnya.

 

 

BUAH KURMA


BUAH TAMAR (KURMA)


Allah SWT telah melebihkan buah kurma dari buah-buahan yang lain. Allah SWT menyebutkannya dalam Al-Qur'an dalam 20 tempat yang berbeza dengan memakai lafaz pohon kurma; an-Nakhl, an-Nakhiil dan an-Nakhlah. Kurma mendapat tempat istimewa dalam Al-Qur'an dan sebenar-benar perkataan adalah "Kalamullah (Al-Qur'an Al-Karim)". Allah SWT telah menetapkan bahawasanya pokok kurma ada di bumi, kemudian Allah SWT mengutamakannya dengan menyebutkan ciri-ciri pokok dan buah ini: "Di bumi itu ada buah-buahan dan pokok kurma yang memiliki kelopak mayang." (Q.S. Ar-Rahman: 11)

Ibnu Katsir berkata, Allah SWT menyebutkan buah kurma ini dalam Al-Qur'an secara khusus kerana kemuliaan dan manafaat yang terkandung dalam buah tersebut, samada buah masih basah ataupun telah kering." "Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanam-tanaman dan pokok kurma yang bercabang dan tidak bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebahagian tanam-tanaman di atas sebahagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir." (Q.S. Ar-Ra'du: 4)

Buah kurma mengandungi banyak manafaat, di antaranya ialah buah kurma sangat digalakkan bagi perempuan yang hamil dan yang akan segera melahirkan. Bahkan Allah SWT memerintahkan Maryam binti 'Imran untuk memakan buah kurma ini ketika ia sedang nifas/haid. Doktor Muhammad an-Nasimi dalam kitabnya, ath-Thibb an-Nabawy wal 'Ilmil Hadis (Pengubatan Ala Nabi dan Ilmu Moden) mengatakan: "Hikmah dari ayat ini secara kedoktoran adalah, perempuan hamil yang akan melahirkan itu sangat memerlukan makanan dan minuman yang kaya dengan unsur gula, dan ianya disebabkan banyaknya kontraksi otot-otot rahim ketika akan mengeluarkan kandungan bayi, lebih-lebih lagi apabila ia memerlukan waktu yang lama untuk bersalin. Kandungan gula dan vitamin B1 sangat membantu untuk mengawal pergerakan rahim dan menambah masa sistolennya (kontraksi jantung ketika darah dipam ke saluran nadi).

Kedua, unsur itu banyak terkandung dalam ruthab (kurma basah). Kandungan gula dalam ruthab sangat mudah untuk dihadam dengan cepat oleh tubuh-badan. "Keajaiban buah kurma dari Anas r.a., beliau berkata, "Rasulullah SAW. berbuka puasa sebelum sholat dengan memakan buah kurma segar, kalau tidak ada, baginda makan kurma kering, dan kalau tidak ada, beliau meminum beberapa teguk air." (HR. Abu Daud dan Tirmidzi). Ini kerana buah kurma mengandungi semua unsur makanan asas yang diperlukan tubuh-badan iaitu gula, protein, lemak, mineral, dan vitamin. Nabi SAW dalam beberapa hadits, menyarankan agar kita memakan tujuh biji buah kurma sehari. Dan ternyata, tujuh biji buah kurma ini bila ditimbang beratnya antara 100 gram yang mengandungi : Gula = 75,00 gram, Serat selulosa = 4,00 gram, Air = 22,50 gram, Protein = 2,50 gram, Lemak = 2,50 gram, Vitamin A = 60 IU, Vitamin B-1 = 0, 08 miligram, dan Vitamin B-2 = 0, 05 miligram.

Buah kurma juga terdapat asam mineral yang merupakan unsur terpenting sebagai makanan bagi tubuh-badan seperti : - Potasium = 79 miligram - Tembaga = 21 miligram - Belerang = 65 miligram - Besi = 5 miligram - Magnesium = 65 miligram - Mangan = 2 miligram - Kalsium = 65 miligram - Fosfor = 72 gram. Dalam buah kurma terdapat beberapa bahan kimia yang mempengaruhi hormon oksitosik, iaitu hormon yang bercampur di dalam peranakan wanita, sehingga dapat membantu percepatan kelahiran, serta dapat mengurangi risiko pendarahan setelah melahirkan. Hormon lain dalam kurma adalah hormon untuk menghalang aktiviti hormon kelenjar glandula (glandula thyreoidea). Bahan yang lain, iaitu hormon produktif kelenjar susu, sehingga dapat memperlancar ASI (Air Susu Ibu). Serat selulosa berguna untuk meningkatkan sistem usus, sebagai ubat mujarab untuk penyembuhan yang disebabkan kurang makan. Serat ini tidak dapat dihadam oleh sistem penghadaman kita, sehingga dapat menjaga tubuh badan supaya terhindar dari kekurangan makanan dalam perut. Vitamin A diperlukan untuk pemeliharaan epitel selaput lendir, ketajaman penglihatan mata dan pencegahan berlakunya infeksi. Oleh kerana itu, orang-orang gurun selalu mengamalkan memakan buah kurma untuk memperkuatkan pendengaran dan memfokuskan penglihatan. Fosfer bersamaan kalsium diperlukan untuk membentuk tulang dan kesihatan gigi. Fosfer berguna untuk meningkatkan aktiviti kelenjar dan mengembalikan fungsi kelenjar tubuh. Fosfer juga berperanan penting sebagai nutrisi otak, sehingga bila dimakan secara teratur, dalam jangka panjang berkesan mencerdaskan otak. Zat besi sangat penting untuk aktiviti pembentukan hemoglobin dan zat darah merah dalam sum-sum tulang. Oleh karena itu, ia diperlukan untuk melindungi manusia dari kekurangan darah. Kurma kering mengandungi aspirin (acetylsalicylic acid) semulajadi yang dapat mengurangkan rasa sakit (analgesic). Kalium (potassium) signifikan untuk mengatasi masalah lelah, membuat organ jantung bekerja lebih optima, mengaktifkan kontraksi otot, dan berperanan mengawal tekanan darah.

Fakta dan keajaiban Buah Kurma - buah kurma tidak menyimpan bakteria dan mikroba dan bahawa ulat yang terdapat di dalam buah kurma lama, dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang boleh menyerang manusia. Seandainya bukan kerana buah kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui puncanya kecuali oleh Allah SWT. Serbuk pati buah kurma dapat mengubati kemandulan wanita. Makanan dan ubat paling penting bagi para astronoid adalah buah kurma dan bahawa buah kurma lebih sihat daripada kaviar. Serat buah kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit. Kurma Barhi diperlukan remaja dan di dalamnya tersimpan rahsia kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan sistem saraf. Setiap 100 gram buah kurma mengandungi 318 kalori, sama dengan 315 kalori bersamaan setiap 100 gram madu. Makanan yang paling baik yang diamalkan oleh pejuang dalam perang adalah buah kurma kerana buah kurma mengandungi kalori, menguatkan tubuh badan dan mengaktifkan kelenjar adrenal sehingga pejuang Islam menjadi seorang berani yang tidak takut akan kematian. Terdapat 450 jenis buah kurma di seluruh dunia. Buah kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ia  mengandungi zat besi dengan kadar yang tinggi. Buah kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana ia mengandungi hormone pitosin yang berkhasiat mengawal proses melahirkan anak. Buah kurma dapat mencegah radang kerana ia mengandungi antiseptic dan antirematik. Buah kurma mengandungi kadar serat yang tinggi yang bermanfaat untuk membantu pergerakan usus dan mencegah konstipasi. Buah kurma juga dapat melindungi usus besar dari cancer . Buah kurma meningkatkan nafsu makan. Jenis buah kurma yang kalorinya paling rendah adalah jenis 'ajwah Madinah, razizi, dan rabi'ah. Jenis buah kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh-badan yang ideal adalah jenis Hulwah Ha`il, setiap 100 gram mengandungi lebih dari 67 kalori. Jenis buah kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin adalah jenis Rabi'ah Madinah yang mengandungi kadar potasium dan besi yang tinggi. Buah kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana ia kaya dengan serat  yang tidak memerlukan proses pencernaan. Buah kurma dapat mengurangi ketegangan saraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid. Buah kurma dapat mengurangkan rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa. Buah kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi. Buah kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci buah pinggang. Buah kurma dapat membersihkan hati dari racun toksid dan meredakan pergerakan sistem saraf. Buah kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkan pasca melahirkan. Buah kurma dinamakan dengan manjam (tambang) karena mengandungi banyak unsur mineral, seperti fosfer, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin. Kandungan kalori dari 1 kg buah kurma sama dengan kandungan 1 kg daging. Buah kurma dapat memelihara kelembapan dan kelesuan mata, serta menajamkan penglihatan pada waktu malam. Buah kurma dapat melembabkan usus sehingga memelihara dari radang dan infeksi. Memakan buah kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing. Buah kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana ia dapat disimpan dalam waktu yang lama tanpa sebarang kerosakan. Di antara penduduk Sahara dan Oasis, tidak ada yang mengidap cancer kerana mereka biasa mengamalkan memakan buah kurma sebagai makanan harian. Pada pertengahan kedua abad ke-20, para ahli perubatan merumuskan bahawa asid  amino yang lain ada pada buah kurma dan yang terpenting dalam asam ini ialah glutathione sebagai-antioksidan.

Bagi setiap 100 gram (7 biji buah kurma) ia dapat memberikan lebih dari 350 energi/tenaga dan nilai zat buah kurma hampir 100%  sempurna. Buah kurma, tumbuh terus-menerus dan tidak pernah putus sehingga sekarang sebagai rezeki dari Allah SWT untuk umat manusia seperti yang Allah SWT sebut dalam Al-Qur'an. Waullahualam.

 

BALASAN ANAK SOLEH


PETANG itu, di serambi rumah usang milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

“Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

“Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat,” jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
“isshhh. betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata kata.

“Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?” pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

“Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,” katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya, saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

“Betul ke ni?” soal saya masih tidak percaya.

“Betul,” balas Amid pula tanpa ragu ragu.

“Suka hati adiklah,” kata saya selepas lama termenung.
Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata kata Amid itu benar-benar memberi kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun.
Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak.

Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutor katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu.
Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid.
Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak.
Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

“Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?” Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,” kata Amid kepada saya.

Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.

Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu sahaja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut.
Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barang itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hampir lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak Mau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.
“Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air.
Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi,
ketika sedang berbaring, tiba-tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.

Amid bingkas bangun lalu memicit micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat-sangat.
Amid yang baru saja bangun untuk mengamhil besen, apabila melihatkan keadaan emak, membatalkan hasratnya ke dapur.

Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya.
Berlambak muntah emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata.
Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.

Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri. Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hampir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah.
Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika Itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga, namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah seorang wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.

Khamis 7 Oktober 2004

AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.Amid meninggal dipanah petir.

Ceritanya begini.
Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar.
Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang.Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.

Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak.Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.

Tiba-Tiba.
prangggggg. tuuuuummmmt!

Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat.
Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awang-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacul kata kata, “Ya Allah. anak aku!”

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.

Sampai di sana…

“Ya Allah, adik akuuuuuu!!!” jerit Mek sebaik sahaja melihat Amid terbaring mengiring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek Jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya. ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari waJahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan hantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang dipanah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada. cerita Mek kepada kami lagi.

Pagi Jumaat 8 Oktober 2004

PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruang rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.

Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin. tiba tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya dengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang terbang berpusing dan galak berkicau.Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu hilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu saya terbau saw haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencaricari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.

Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang di dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi.Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang. Subhaanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya akan teringatkan sikap Amid.

Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. – Surah Luqman ayat 14.