Thursday, 28 July 2011

17 perangai yang dapat menghancurkan

1.   Kemarahan (Al Ghadab)
2.   Mencintai Dunia (Hubb Ad-Dunya)
3.   Kebencian (Al Hiqd)
4.   Kecemburuan (Al Hasad)
5.   Senang Dipuji (Al 'Ujub)
6.   Kikir (Al Bukhl)
7.   Rakus (At Thama')
8.   Penakut (Al Jubn)
9.   Kelengahan (Al Bathala)
10. Sombong (Al Kibr)
11. Bermegah-megah (Al Riya')
12. Mengikat diri dalam mencintai dunia (Al Hirsh)
13. Keunggulan (Al 'Adhama)
14. Ketidak pedulian dan Kemalasan
(Al Ghabawa wal Kasala)
15. Kecemasan (Al Hamm)
16. Putus asa (Al Ghamm)
17. 800 Perbuatan yang dilarang (Al Manhiyat)

Thursday, 14 July 2011

Hadis Saheh Bukhari: Mula-mula wahyu turun

Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat.
Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya.  Barang siapa niat (hijrahnya) kerana Allah dan rasulnya, maka baginya pahala kerana Allah dan rasulnya.
Barang siapa hijrah (niat) kerana dunia dan hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya.  untuk apa dia hijrah.

Cara wahyu diturunkan:
i.  kadang-kadang kedengaran seperti bunyi loceng,
ii. kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki
Aisyah r.a. pernah melihat nabi ketika wahyu turun pada suatu hari yang amat dingin, setelah wahyu berhenti turun, dahi Nabi bersimbah peluh kerana sangat berat dirasakan oleh beliau saat-saat turunnya wahyu.

Sunday, 5 June 2011

Kelab Jutawan

Minggu lepas baru jumpa promosi kelab jutawan.  Tapi masih bimbang kalau-kalau bisnes ni macam bisnes-bisnes lain yang telah dicuba, tapi belum berjaya setakat ini.  Mengikut iklan, orang buta IT pun boleh berjaya, mungkinkah? sedangkan yang pandai IT pun tak senang mana nak membuatnya.  Bagi saya bukan senang untuk menjana pendapatan secara affiliate.  Tapi tak taulah bagi orang lain. 

Wednesday, 30 March 2011

PELABURAN EMAS

Hari ini aku bertekad untuk melabur dalam pelaburan emas.  Hari ini juga aku terbaca di Berita Harian tentang pelaburan emas yang memaksa aku melabur tanpa menoleh ke belakang  lagi.  Harapanku agar pelaburan di akhir bulan ini dapat memberi pulangan yang lebih baik.  Ah setelah 50 tahun berlalu, baru kini dapat aku melabur dalam jumlah yang tidaklah banyak tapi bolehlah tahan.  Kalau dulu lagi aku sedar akan pelaburan emas ini sudah tentu aku dah ke Mekah lama dulu setelah pelaburanku membawa keuntungan, mungkin juga aku dapat membawa anak-anak ku sekali ke Mekah sama ada mengerjakan Umrah ataupun mengerjakan Fardhu Haji. 

Allah baru membuka jalan bagiku. Tapi aku tetap bersyukur.  Janji Allah pasti benar.  Apa yang boleh dibuat olehku sebagai hambaNya selain dari bersyukur dan berserah setelah berusaha.

Ya Allah jadikanlah setiap langkahku kebaikan... Ya Allah jadikanlah setiap langkahku kebaikan.

Tuesday, 1 March 2011

MAKKAH - MEKAH

Isilah dadamu dengan ilmu mengenai kota ini.  Tiada kota lain yang seindah dan sesuci Mekah.  Kunjungan kesana akan membawa seribu satu pengertian yang tiada pada tempat-tempat lain.  Ya, kota Mekah yang perlu dihayati setiap detik.  Kunjungan tanpa ilmu akan menyebabkan ianya seperti tempat-tempat lain...