Tiap-tiap amal harus disertai dengan niat.
Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya. Barang siapa niat (hijrahnya) kerana Allah dan rasulnya, maka baginya pahala kerana Allah dan rasulnya.
Barang siapa hijrah (niat) kerana dunia dan hendak diperolehnya atau kerana perempuan yang hendak dikahwininya, maka (pahala) hijrahnya sesuai dengan niatnya. untuk apa dia hijrah.
Cara wahyu diturunkan:
i. kadang-kadang kedengaran seperti bunyi loceng,
ii. kadang-kadang malaikat menjelma seperti seorang laki-laki
Aisyah r.a. pernah melihat nabi ketika wahyu turun pada suatu hari yang amat dingin, setelah wahyu berhenti turun, dahi Nabi bersimbah peluh kerana sangat berat dirasakan oleh beliau saat-saat turunnya wahyu.
No comments:
Post a Comment