AKAL KELDAI
Suatu hari
seekor keledai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan rasa yang sangat pilu
selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang
harus dilakukan untuk menolongnya. Akhirnya, Ia memutuskan bahwa haiwan itu sudah tua dan perigi lebih baik ditimbus dan ditutup sahaja karena berbahaya, jadi tidak berguna
untuk menolong si keldai. Ia mengajak jiran-jirannya
untuk datang
membantunya. Mereka membawa cangkul
dan penyodok tanah dan mulai menyodok tanah ke dalam perigi.
Pada mulanya, ketika keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh hiba dan ngeri. Tetapi kemudian,
semua orang hairan, kerana keldai tadi diam dan senyap. Pada sangkaan mereka keldai tadi sudah mati. Setelah beberapa sekop tanah lagi
dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang dengan apa yang dilihatnya.
Walaupun
punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, keldai
tadi melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang
menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu. Sementara jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, keldai pula terus juga mengoncangkan badannya dan seterusnya melangkah naik. Dengan secepat kilat, semua orang terkejut
dan terpana
ketika melihat keldai tersebut melompat ke tepi perigi dan melarikan diri!
Renungan : Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran
kepadamu, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari ‘kolam’
(kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan mengoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran, dan hati kita)
dan melangkah naik dari ‘perigi’ dengan menggunakan hal-hal tersebut
sebagai pijakan. Setiap masalah-masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk
melangkah. Kita dapat keluar dari ‘perigi’ yang terdalam dengan terus berjuang,
jangan pernah menyerah ! Goncangkanlah hal negatif yang menimpa
dan melangkahlah naik !!!