Wednesday, 24 October 2012

AKAL KELDAI


AKAL KELDAI  

Suatu hari seekor keledai milik seorang petani jatuh ke dalam perigi. Haiwan itu menangis dengan rasa yang sangat pilu selama berjam-jam, sementara si petani memikirkan apa yang harus dilakukan untuk menolongnya.   Akhirnya, Ia memutuskan bahwa haiwan itu sudah tua dan perigi lebih baik ditimbus dan ditutup sahaja karena berbahaya, jadi tidak berguna untuk menolong si keldai.   Ia mengajak jiran-jirannya untuk datang membantunya.   Mereka membawa cangkul dan penyodok tanah dan mulai menyodok tanah ke dalam perigi.

Pada mulanya, ketika keldai menyedari apa yang sedang terjadi, ia menangis penuh hiba dan ngeri. Tetapi kemudian, semua orang hairan, kerana keldai tadi diam dan senyap.  Pada sangkaan mereka keldai tadi sudah mati.  Setelah beberapa sekop tanah lagi dituangkan ke dalam perigi, si petani melihat ke dalam perigi dan tercengang dengan apa yang dilihatnya.

Walaupun punggungnya terus ditimpa oleh bersekop-sekop tanah dan kotoran, keldai tadi melakukan sesuatu yang menakjubkan. Ia menggoncang-goncangkan badannya agar tanah yang menimpa punggungnya turun ke bawah, lalu menaiki tanah itu.  Sementara jiran-jiran si petani terus menuangkan tanah kotor ke atas punggung haiwan itu, keldai pula terus juga mengoncangkan badannya dan seterusnya melangkah naik. Dengan secepat kilat, semua orang terkejut dan terpana ketika melihat keldai tersebut melompat ke tepi perigi dan melarikan diri!

Renungan : Kehidupan terus saja menuangkan tanah dan kotoran kepadamu, segala macam tanah dan kotoran. Cara untuk keluar dari ‘kolam’ (kesedihan, masalah, dsb) adalah dengan mengoncangkan segala tanah dan kotoran dari diri kita (fikiran, dan hati kita) dan melangkah naik dari ‘perigi’ dengan menggunakan hal-hal tersebut sebagai pijakan. Setiap masalah-masalah kita merupakan satu batu pijakan untuk melangkah. Kita dapat keluar dari ‘perigi’ yang terdalam dengan terus berjuang, jangan pernah menyerah ! Goncangkanlah hal negatif yang menimpa dan melangkahlah naik !!!

 

No comments:

Post a Comment