Bagaimana untuk meditasi?
Bernafas seperti biasa, dan jaga
pernafasan anda.
Kebaikan meditasi: tenang, kurang
tertekan, perasaan terkawal, kemampuan untuk cepat belajar sesuatu dan
meningkatkan memori serta kretiviti. Selain itu, proses penuaan boleh diperlahankan,
rasa segar, tekanan darah normal, dan bekalan oksigen yang cukup untuk badan.
Teknik Meditasi
Duduk dengan selesa, tutup mata dan
tegangkan badan anda. Hembus nafas dalam-dalam, kemudian tarik nafas melalui
hidung dan lepaskan ketegangan badan anda. Rasa semua bahagian badan anda
menjadi relaks, dan pastikan semua bahagian badan tidak ada yang masih tegang.
Jika masih merasa tegang di
mana-mana bahagian, tegangkan kembali bahagian tersebut, dan biarkan ia relaks.
Ini boleh melatih badan dan minda untuk relaks.
Bernafas melalui hidung anda. Ia
membantu membekalkan lebih banyak oksigen berbanding bernafas melalui mulut.
Cuba anda menarik nafas melalui mulut. Anda akan berasa nafas anda pendek.
Perhatikan pernafasan anda. Pastikan
anda berasa selesa ketika bernafas. Fokus udara masuk dan keluar melalui hidung
anda. Anda mungkin akan hilang fokus, tapi pastikan anda kembali kepada fokus
anda.
Jika fikiran anda masih terganggu,
cuba namakan gangguan tersebut sebagai salah satu cara untuk megetepikannya. Contoh,
cakap dalam fikiran anda ‘gatal kaki’, ‘risau tentang kerja’ atau ‘bahaya’,
kemudian kembali kepada fokus anda serta merta.
Praktikkan teknik ini untuk
5-10 minit, 100 kali nafas. Selepas itu buka mata anda dan duduk disitu untuk
beberapa minit. Anda akan berasa relaks, dan minda anda tenang serta tenang.
Teknik mudah ini akan memberi anda
hasilnya dalam masa singkat. Teknik diatas sudah memadai untuk anda lebih
bersedia menghadapi segala cabaran minda.
No comments:
Post a Comment