Monday, 18 March 2013

kelebihan solat tahajjud:


Diantara kelebihan-
kelebihan solat tahajjud:

Solat yang paling afdhol selepas solat-solat fardhu ialah solat tahajjud, akan tetapi amatlah sedikit yang dapat melakukannya
  • Hadith : Jibril a.s. telah datang kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."
  • Nabi s.a.w :"2 rakaa't solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".
  • Solat tahajjud merupakan petanda orang-orang soleh.
  • Solat tahajjud juga merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar
  • Dengannya dapat memadamkan dosa-dosa
  • Dapat menyihatkan badan
  • Dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ?
    maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga
    maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."
  • Tidak ada pemberian Allah yang lebih utama kepada hambanya dari pemberian taufiq untuk mengerjakan 2 rakaa't solat tahajjud
  • Waktu tahajjud adalah waktu untuk meminta kepada Allah s.w.t
  • Waktu tahajjud adalah waktu yang teristemewa untuk penerimaan doa.
  • Juga ia merupakan waktu yang mana seluruh pintu-pintau raja sedang tertutup dan hanya pintu Raja segala raja yang sedang terbuka
  • Abu Hurairah ra. Hu meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda “Syaitan mengikat 3 ikatan di tengkuk orang yang tidur.  Setiap ikatan ia akan berkata “Tidurlah, malam masih panjang, maka bila ia bangun lalu dia mengingati Allah maka terputuslah 1 ikatan, bila dia mengambil wudhu’ terputus 1 ikatan yang lain, lalu bila dia solat terputuslah seluruh ikatannya.  Maka di berpagi dalam keadaan cergas dan jiwa yang baik, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jiwa yang buruk dan malas (Riwayat Imam Bukhory Muslim, Abu Daud, TIrmizi, Nasa’ie dan ibnu Majah)
  • Abu Hurairah ra. Hu meriwayatkan Rasulullah saw bersabda, “Puasa yang paling utama selepas puasa Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah; bulan Muharam dan solat yang paling utama selepas solat-solat fardhu ialah solat pada malam
 
·         Abu Malik Al Asyari meriwayatkan Rasulullah saw bersabda,” Sesungguhnya di dalam syurga ada kamar-kamar yang bahagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan dalamnya dapat dilihat dari luar yang Allah sediakan buat orang yang memberi makan dan menyebarkan salam dan solat malam ketika manusia yang lain tidur.


·         Abu U’baidah berkata, Hadrat Abdullah ra telah berkata,” Di dalam kitab TAurat telah tertulis “Sesungguhnya Allah telah menyediakan khusus buat mereka yang meninggalkan tempat tidur (kerana solat malam) apa yang mata tidak pernah melihat, telinga tidak pernah mendengar, tidak terlintas di hati seorang manusia, malaikat yang hampir, Nabi yang pernah diutuskan.  Beliau berkata lagi, “Kita menyebutkannya dalam ayat (maka satu jiwa pun tidak mengetahui apa yang disorokkan untuk mereka dari sesuatu yang menyenangkan mata) Abdullah bin Abi Qubais berkata  Hadrat A’iesyah r.aha telah berkata; “Janganlah kamu meninggalkan solat malam, kerana RasuluLlah s.a.w tidak  pernah meninggalkannya, dan sekiranya baginda sakit atau letih baginda bersolat malam dalam keadaan duduk. (Riwayat Imam Abu Daud dan Ibnu Khuzaimah didalam kitab sohihnya.

 

 

No comments:

Post a Comment