Monday, 18 March 2013
CARA MENGERJAKAN SOLAT TAHAJJUD
CARA-CARA MENGERNAKAN SOLAT TAHAJJUD - Petikan daripada Buku Bimbingan Penghayatan & Kesempurnaan Solat.
Niat: Sahaja aku menunaikan solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.
Selepas membaca sura al Fatehah pada rakaat pertama, hendaklah dibaca ayat kursi sebanyak 7 kali. Manakala rakaat kedua pula, selepa membaca fatehah dibacakan surat al-Ikhlas sebanyak 11 kali.
Semasa dalam sujud terakhir bacalah:
i. Ya Hayyu Ya Qoyyum Birohmatika Astaghithu La IlaHa Illa Anta 40 kali,
ii. Selawat atas Nabi 10 kali,
iii. Doa - Ya Kaafi, Ya Ghoniy, Ya Fattah, Ya Rozzaq 33 kali atau 313 kali
iv. Zikir La Ilaha Illallah 100 kali
Perbanyakkan istighfar selepas berdoa.
Kepentingan solat tahajjud:
Sabda Nabi: Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah s.a.w. memerintahkan kepada kami, supaya mengerjakan solat malam dan benar-benar menganjurkan solat itu sehingga beliau bersabda "Kerjakanlah solat malam itu walaupun hanya satu rakaat"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment